Wednesday, July 13, 2011

Klakar nya MESIR ini




Kawan kawan bermain squash di Monsoura


Library di Iskandiah




 1. Kenderaan

      Pertama kali ku lihat kereta di mesir, sungguh pelik sebab banyak corak accident dan kemek. Semua kereta ada kesan calar dan kemek. Walaupon sebaru mana kereta tu yang ku lihat, ternyata kesan calar masih ada. kesan calar ini disebabkan cara pemanduan orang mesir yang mahukan semua cepat dan pantas mungkin dalam erti kata lain pentingkan diri sendiri. di negara maju, jarak di antara dua kereta semasa di jalan raya lebih kurang 10 meter untuk keselamatan jika perkara tidak diingini berlaku. Yang lucunya di mesir, walaupon kereta dipandu dengan kelajuan 80km/h. Jarak antara kedua kereta ialah 1-2 meter.Dekat sesgt tuh. 





   Aku ditipu banyak kali ketika naik teksi di persekitaran mesir tidak kira teksi murah mahupon teksi mahal. Nampak muka ku yang kacak ini seperti orang bukan mesir. Harga akan teruss dinaikkan .Contohnya harga biasa dr Ramsis ke Mohandisen ialah 10 l.e tapi disebabkan aku ni org malaysia, harga naik sehingga mencecah 15-20 l.e. Kejam bukan. Tapi tak mengapa, 
     Ini kali pertama saya lihat F1 didepan mata , terutama dari segi pemanduan dan kelajuan. Semua pemandu di negara ini memandu dengan sangat laju dan suke potong memotong tidak kira jalan itu kecil mahupon besar. Biasanya jalan raya mempunyai 2 line, kini, mereka menjadikan 3 line sesuka hati. Tramco merupakan kenderaan utama di negara mesir, bas ada tapi perlahan. Tramco ini ialah van yg sangat laju dan bawa penumpang sepantas mungkin. GPS ku rosak pada waktu itu. Tragis, kalau tidak,boleh ukur kelajuan tramco itu secara terperinci
     Budaya hon sangatlah biasa. Hari pertama aku di Mesir, tekanan jiwa atau dikenali sebgai stress melanda mental ekoran dari budaya hon arab yang berterusan seperti main game di atas jalan raya. Ckit ckit Hon. 10 saat kemudian hon lagi.Apabila pemandu hendak pusing ke kanan /kiri, hon lagi.  tekanan tekanan jiwan.

2. Arab Mesir.

     Secara purata, badan org arab lebih besar dan gagah dari badan ku . Penampilan mereka lebih bercirikan seluar jeans bagi lelaki dan berbaju biasa . Bagi perempuan, pakaian hitam adalah seperti pakaian biasa.(Negara panas, pakai hitam lagi panas). Masih misteri mcm mana mereka boleh hidup pakai gelap.  Selalunya masa hendak keluar ke bandar, aku memakai pakaian seperti di Malaysia, seluar pendek dan baju cotton. Itu pon masih panas dan berpeluh sepanjang masa. Panas ini bukan panas biasa, panas terik+ awan tidak ada + udara bahang. 

       Kelebihan orang arab mesir ini ialah mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencari sesuap Roti(rezeki) walau sesusah hidup mereka itu. Dari menjual tisu hingga menjual buah buahan di tepi jalan. Dari sudut mata mereka, kini ku faham mengapa mereka hendak menjatuhkan Hosni Mubarak.  Mereka tidak akan berputus asa dalam kehidupan walaupun gaji sangat rendah, hidup di tepi jalan atau di atas kubur. Untuk mereka, hidup mesti diteruskan. Aku sangat suka prinsip itu. Apabila kemalangan berlaku ditepi jalan, dengan pantas mereka akan turun dari kereta untuk menghulurkan bantuan tidak kira siapa mereka. 


        Kekurangan bangsa ini ialah mereka tidak mempunyai impian yang besar dalam kehidupan. Impian mereka hanya terbatas untuk hidup dari hari ke hari seperti berjaya membuka kedai kecil untuk hidup dengan sedikit senang. Dari pandangan mata mereka  semasa menunggu bas , tramco atau teksi, mereka termenung kebosanan yang tidak ada kaitan dengan impian. Bagi mereka, sebuah kereta, keluarga dan kerja yang cukup makan adalah kehidupan yang sempurna. 






     Prinsip kerja orang arab ini ialah bercakap sambil bekerja, mula kerja pada pukul 10 pagi walaupon dalam teori mereka mula pada pukul 8 pagi. Mereka bekerja dengan senang lenang dan tidak ada konsep Customer right.  bagi mereka ialah kepuasan bekerja bukan kepuasan pelanggan.Pelik bukan tapi itulah realiti. Fast Food di Mesir bukan cepat tapi sangat perlahan kerana prinsip kerja yang kelakar ini.  Untuk mempercepat proses ini, kita perlu menghulur duit sedikit kepada mereka sebagai tips(mcm rasuah) untuk mendapatkan perkhidmatan yang kita mahukan. Mereka pulang kerja apabila mereka penat,bukan apabila waktu kerja tamat. hahahaha. kaunter di pejabat kerajaan akan tutup apabila mereka malas untuk melayan pelanggan. Kelakar bukan.


3. Alam sekitar

   Di mesir, tong sampah adalah negligible(sgt sedikit). Kita boleh buang sampah di mana mana sahaja walaupon macam tidak beretika. Rasa bersalah itu perkara biasa. 

   ekoran itu, sampah bertaburan di tepi jalan seperti daun daun yang berguguran di tepi taman. Tepi hospital pon banyak sampah bertaburan. tepi pantai pon banyak sampah juga
. Paling menyedihkan, kambing ,kucing dan sedikit manusia mencari makanan atau sumber rezeki di situ. Memang tak dinafikan di mesir ada satu bandar di dalam kaherah yang di panggil City of Garbage.Semua penduuduk kaherah membuang sampah ke situ dan di dalam city itu ada 2 juta penduduk yang berpaksikan pendapatan dengan mengutip sampah dan mengasingkannya.

    Mesir tidak mempunyai pokok mahupun rumput menghijau ditepi jalan. Yang banyaknya ialah padang pasir . Pantulan cahaya matahari menjadikan suhu darat mesir pantas untuk naik dan perlahan untuk turun. semasa musim panas, suhu bakal cecah 40 darjah . Boleh masak telur di atas jalan tar .

4. Bahasa

   Penggunaan bahasa arab sungguh meluas manakala bahasa English ialah bahasa ketiga selepas bahasa perancis. Ini kerana perancis telah menjajah bumi mesir semasa perang dunia kedua dan menjadikan pendidikan mereka diambil terus dari bahasa perancis.

5. Pelik-pelik

   Kebanyakan rakyat mesir menganggap negara mereka 3 saat di belakang jepun. Mereka juga berpendapat malaysia masih di tinggal di hutan dan pelajar malaysia datang ke mesir kerana pendidikan malaysia agak lembap.  
   Arab mesir sangat suka menggunakan us Dollar semasa berurusan dengan pelancong asing .Mungkin mereka boleh dijajah dengan Us dollar.

  Mereka tidak boleh menyebut p dan menggantikan p dengan b. Contohnya, haBBy... aBBle Bie. BeBsi, Bizza,




PERcutian di ROMANIA



Kereta- mostly byk bawak kereta compact car tapi certain yg bawak kereta besar. Yg best kat romania.. Pemandu sgt menghormati zebra. Line.. Akan stop untk bg penumpang lalu..cooll kan





Bahasa- romania.. Tapi bunyi mmg hampir same ngan italia.. Kite tak dapt bezakan langsung
Bucharest ngan timisora berbeza.. Bandar utama sgt sibuk besar dan padat dgn penduduk..alhamdulillah dapat jumpe hotel 11 euro satu malam..murahhh nyeerrr



1989- tahun di mana revolusi rakyat berlaku seperti di mesir cume lagi kejam.. 1003 org dibunuh dalam mase satu hari di piata revolutuie..sedyh dan menyayat hati. Akhirnyer kerajaan communist berjaya ditumbangkan dan digantikan oleh secondary army. Cam puppet gak





People- mostly tau english yg sesesgt simple .tapi mudh faham pelancong nyer percakapan.kekadang hand sign jugee perlu digunakan.







Gypsy - dorang ni cam org nomad kat romania.. Skolah tak abis , pemalas.. Suke buat kerja yg paling senang untk dapat duit.. Tapi KAYA. Misteri kan. Sgt unik dorang ni. Dorang percaye kepada mengajar anak mereka life skill untk berjaya dalam hidup contohnyer business..softskill. Muke dorang hampir sebijik cam org india utara yg duk kat gan nepal.




Public transport- byk bas untk pergi ke park dan sungguh senang untk travel ke mana jua. Yg cooll.. Semua tempat bersejarah kat satu line railway



Romania people- pompuan dorang sesgt cantik. Mengatasi ireland, malaysia dan british. 
Grafiti sgt byk di kedai kedai dan kebanyakannye agak buruk(jujur).




Ekonomi semakin menurun dan unemplyement semakin byk akibat harge barang yg tinggi seperti minyak.. Rm 5.5 seliter.hidup dorang gaji same ngan malaysia rm 2000 average. 





Halal- sgt sukar untk dicari tapi aderr. Semua kedai jual kebab. Rupa rupayer name kebab telah memasuki budaya romania dan tak halal. Sgt ckit kedai yg jual kebab halal tapii klau jumpe..fuh.. Sedap sesgt.:)









Pekerja aka tapi BUKAN pengemis

 
             Hari ni aku jumpe sorang mamat yg aku sendiri kagum.. First time dlm hidup jumpe org yg cari sesuap nasi dengan blaja geografi dunia,ekonomi..memahami sejarah romania dengn sgt mendalam dan cerita sgt power cam cikgu sejarah. Citer nye camni , aku jejalan kat piata revolutuie. Tngh best best fikir tetibe die dtg lalu crite semua sejarah.ekonomi pasal dunia dn romania. Pendek crite,,habis aku bicnang ngan dier, die mintak sedolar atau dua..tanpe ragu ragu aku trus bg...mmg berbaloi die kerja camtu yg halal berbanding jadi pengemis di jalanan yang hanya meminta duit semata mata .