Wednesday, July 13, 2011

Klakar nya MESIR ini




Kawan kawan bermain squash di Monsoura


Library di Iskandiah




 1. Kenderaan

      Pertama kali ku lihat kereta di mesir, sungguh pelik sebab banyak corak accident dan kemek. Semua kereta ada kesan calar dan kemek. Walaupon sebaru mana kereta tu yang ku lihat, ternyata kesan calar masih ada. kesan calar ini disebabkan cara pemanduan orang mesir yang mahukan semua cepat dan pantas mungkin dalam erti kata lain pentingkan diri sendiri. di negara maju, jarak di antara dua kereta semasa di jalan raya lebih kurang 10 meter untuk keselamatan jika perkara tidak diingini berlaku. Yang lucunya di mesir, walaupon kereta dipandu dengan kelajuan 80km/h. Jarak antara kedua kereta ialah 1-2 meter.Dekat sesgt tuh. 





   Aku ditipu banyak kali ketika naik teksi di persekitaran mesir tidak kira teksi murah mahupon teksi mahal. Nampak muka ku yang kacak ini seperti orang bukan mesir. Harga akan teruss dinaikkan .Contohnya harga biasa dr Ramsis ke Mohandisen ialah 10 l.e tapi disebabkan aku ni org malaysia, harga naik sehingga mencecah 15-20 l.e. Kejam bukan. Tapi tak mengapa, 
     Ini kali pertama saya lihat F1 didepan mata , terutama dari segi pemanduan dan kelajuan. Semua pemandu di negara ini memandu dengan sangat laju dan suke potong memotong tidak kira jalan itu kecil mahupon besar. Biasanya jalan raya mempunyai 2 line, kini, mereka menjadikan 3 line sesuka hati. Tramco merupakan kenderaan utama di negara mesir, bas ada tapi perlahan. Tramco ini ialah van yg sangat laju dan bawa penumpang sepantas mungkin. GPS ku rosak pada waktu itu. Tragis, kalau tidak,boleh ukur kelajuan tramco itu secara terperinci
     Budaya hon sangatlah biasa. Hari pertama aku di Mesir, tekanan jiwa atau dikenali sebgai stress melanda mental ekoran dari budaya hon arab yang berterusan seperti main game di atas jalan raya. Ckit ckit Hon. 10 saat kemudian hon lagi.Apabila pemandu hendak pusing ke kanan /kiri, hon lagi.  tekanan tekanan jiwan.

2. Arab Mesir.

     Secara purata, badan org arab lebih besar dan gagah dari badan ku . Penampilan mereka lebih bercirikan seluar jeans bagi lelaki dan berbaju biasa . Bagi perempuan, pakaian hitam adalah seperti pakaian biasa.(Negara panas, pakai hitam lagi panas). Masih misteri mcm mana mereka boleh hidup pakai gelap.  Selalunya masa hendak keluar ke bandar, aku memakai pakaian seperti di Malaysia, seluar pendek dan baju cotton. Itu pon masih panas dan berpeluh sepanjang masa. Panas ini bukan panas biasa, panas terik+ awan tidak ada + udara bahang. 

       Kelebihan orang arab mesir ini ialah mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencari sesuap Roti(rezeki) walau sesusah hidup mereka itu. Dari menjual tisu hingga menjual buah buahan di tepi jalan. Dari sudut mata mereka, kini ku faham mengapa mereka hendak menjatuhkan Hosni Mubarak.  Mereka tidak akan berputus asa dalam kehidupan walaupun gaji sangat rendah, hidup di tepi jalan atau di atas kubur. Untuk mereka, hidup mesti diteruskan. Aku sangat suka prinsip itu. Apabila kemalangan berlaku ditepi jalan, dengan pantas mereka akan turun dari kereta untuk menghulurkan bantuan tidak kira siapa mereka. 


        Kekurangan bangsa ini ialah mereka tidak mempunyai impian yang besar dalam kehidupan. Impian mereka hanya terbatas untuk hidup dari hari ke hari seperti berjaya membuka kedai kecil untuk hidup dengan sedikit senang. Dari pandangan mata mereka  semasa menunggu bas , tramco atau teksi, mereka termenung kebosanan yang tidak ada kaitan dengan impian. Bagi mereka, sebuah kereta, keluarga dan kerja yang cukup makan adalah kehidupan yang sempurna. 






     Prinsip kerja orang arab ini ialah bercakap sambil bekerja, mula kerja pada pukul 10 pagi walaupon dalam teori mereka mula pada pukul 8 pagi. Mereka bekerja dengan senang lenang dan tidak ada konsep Customer right.  bagi mereka ialah kepuasan bekerja bukan kepuasan pelanggan.Pelik bukan tapi itulah realiti. Fast Food di Mesir bukan cepat tapi sangat perlahan kerana prinsip kerja yang kelakar ini.  Untuk mempercepat proses ini, kita perlu menghulur duit sedikit kepada mereka sebagai tips(mcm rasuah) untuk mendapatkan perkhidmatan yang kita mahukan. Mereka pulang kerja apabila mereka penat,bukan apabila waktu kerja tamat. hahahaha. kaunter di pejabat kerajaan akan tutup apabila mereka malas untuk melayan pelanggan. Kelakar bukan.


3. Alam sekitar

   Di mesir, tong sampah adalah negligible(sgt sedikit). Kita boleh buang sampah di mana mana sahaja walaupon macam tidak beretika. Rasa bersalah itu perkara biasa. 

   ekoran itu, sampah bertaburan di tepi jalan seperti daun daun yang berguguran di tepi taman. Tepi hospital pon banyak sampah bertaburan. tepi pantai pon banyak sampah juga
. Paling menyedihkan, kambing ,kucing dan sedikit manusia mencari makanan atau sumber rezeki di situ. Memang tak dinafikan di mesir ada satu bandar di dalam kaherah yang di panggil City of Garbage.Semua penduuduk kaherah membuang sampah ke situ dan di dalam city itu ada 2 juta penduduk yang berpaksikan pendapatan dengan mengutip sampah dan mengasingkannya.

    Mesir tidak mempunyai pokok mahupun rumput menghijau ditepi jalan. Yang banyaknya ialah padang pasir . Pantulan cahaya matahari menjadikan suhu darat mesir pantas untuk naik dan perlahan untuk turun. semasa musim panas, suhu bakal cecah 40 darjah . Boleh masak telur di atas jalan tar .

4. Bahasa

   Penggunaan bahasa arab sungguh meluas manakala bahasa English ialah bahasa ketiga selepas bahasa perancis. Ini kerana perancis telah menjajah bumi mesir semasa perang dunia kedua dan menjadikan pendidikan mereka diambil terus dari bahasa perancis.

5. Pelik-pelik

   Kebanyakan rakyat mesir menganggap negara mereka 3 saat di belakang jepun. Mereka juga berpendapat malaysia masih di tinggal di hutan dan pelajar malaysia datang ke mesir kerana pendidikan malaysia agak lembap.  
   Arab mesir sangat suka menggunakan us Dollar semasa berurusan dengan pelancong asing .Mungkin mereka boleh dijajah dengan Us dollar.

  Mereka tidak boleh menyebut p dan menggantikan p dengan b. Contohnya, haBBy... aBBle Bie. BeBsi, Bizza,




9 comments:

  1. wow..perkongsian yg menarik..!
    klau nak duk mesir, jgn beli keta lawa2 lah kan..mmbazir jer..hahaha..

    statement taley bla jer malaysia macam duduk kat hutan..haha..tp mgkin betul gak sbb ad sorang student from mesir dtg galway hrtu kata, org mesir ni suka dipuji..esp bila kita puji negara dia, drp dia tgh menipu kita, kita sweet talk sket, terus dia tak jadi tipu dia..haha...

    prinsip keje tu lg a menarik..pergh..kalau kat shopping mall tu orang beratur nk beli barang, skali tiba2 dia balik, caner..haha rugi ar shopping mall! LoL~

    ReplyDelete
  2. layanan khas di shopping maalll je.. kat train station.. bus.. nak buat visa.. pejabat kerajan..SIput lagi laju..
    Aku tunggu bukan main lame nak beli tiket train ngan diaudin.. sampai turn kitorang.. sedap ati die cakap.. kaunter tutup.. gi kauntersebelah..perghhh.. TERBAKAR hati aku..Sabo je la..

    ReplyDelete
  3. cool2.. lps nh bwat post psl emas lak..ha3

    ReplyDelete
  4. hahahaa..betul sesangat..kekdg sy rasa diaorg ni 'bdh'..huhu..hahaha..sy tercampur dgn keluarga2 disini..rasa nak gelak pun ada..fikiran diaorg terlalu sempit,maybe sebab tak tgk negara luar...dah tu,pasaran diaorg didominasikan org barang MADE IN CHINA....lol...n diaorg berebut rebut..alahai...no coment...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Btw,sy chinese mix sarawakian,n malaysian.sy nak tumpang tanya,kat sini,ade tak tmpt kita bole cari makanan malaysia?or citarasa asia...dah tak tahan nak makan food diaorg..huhu...rasa nak balik malaysia jew...dan,nak tanya gak,da tak community club for malaysian kat cairo ni?...
    kekdg tu,da juga nampk student dari malaysia,tapi xberani nak tegur..
    n diaorg kat sini,paling tak tahan dgn sikap diaorg adalah kurg ajar...maaf kalo kasar sgt pula coment sy ni.selalu sgt diaorg kalo kat market,main langgar tolak..takde pula nak ckp excuse me or sorry...selambe je lalu..aduihai..sakitnyerr hati...pasal kereta n jalan raya diaorg,sy pernah terlibat dlm kemalangan kat sini tahun lepas,langgar motorbike delivery tu..sy dipersalahkan...nasib baik ada back up..huhu..tapi,kalo iku peraturan,memg diaorg yg salah..dah tu,ada pula budak2 main bola atas jalan raya..kita hon,diaorg buat selambe je...n cara kerja diaorg sgt menyakitkan hati.sy kategorikan diaorg pemalas n xmau maju...panjang lebar pula coment sy,sy xa tempat nak luahkan geram,so terjumpa blog ni,da juga tmpt berkongsi pendapt or coment..anyway,update me when there is a community club for malaysian here in cairo.best regars n wish

    ReplyDelete